Menghias hati dengan seseorang yang digelar wanita sememangnya menjadi keutaman darah muda yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru . Begitu jua dengan ku yang berada diawal remaja . Sering menjadikan alam keliling sebagai idola kehidupan . Huhu....tapi diawal remaja , apa lagi yang sering menjadi ikutan kalau tidak perasaan cinta yang menyulam jiwa . Bertaut janji manis yang hakikatnya hanya kosong semata . Diawalnya sememang cinta menjadi permainan hati mengasah ketajaman akal untuk meluah kata-kata yang indah dibibir sahaja .
Leka ! Leka ! Leka ! Aku terus hanyut dalam randik masa dek cinta yang layak digelar cinta monyet . Kebudakan ku terasa kerana tidak mengguna akal anugerah ilahi . Perjalanan hidup yang hanya terarah kepada kancah zina dan maksiat . Ah , fikirlah dengan akal bukan nafsu! Sesalan dirasai dek didatangi bayangan lampau . Barhubung antara bukan mahram menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Aku mesti berubah . Tekad ! Aku tekad mempersembahkan diri dengan wajah yang indah dihadapan Allah . Ku tahu ,tentu sukar untuk seseorang yang melakukan kesalahan diampunkan oleh manusia. Tetapi tidak kepada Allah kerana Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku yakin dengan Asma-Nya. Dia Yang Maha Agong,Dia Yang Menciptakan aku diatas muka bumi ini .
Tentu sukar untuk aku terus meninggalkan tabiat bergaul dengan yang bukan mahram , tapi itulah gunanya pembelajaran agama untuk kehidupan seharian . Aku mesti akan rasa bersalah dan tidak selesa apabila melakukan sesuatu yang ditegah sesudahku pelajari dan mendalami agama Islam . Ya , itulah langkah pertama yang perlu ku ambil untuk tidak mengulangi. "Ya Allah , redhailah perubahanku dengan iktiarku . Sesungguhnya segala amalku,hidup dan matiku hanya untukMu" aku mesti jaga redha Allah kepadaku. Ini tekadku !
No comments:
Post a Comment