Save Palestin!!!

Wednesday 3 August 2011

Disebalik Letupan Mercun


Kegembiraan dihati terlaksana pada wajah dek hari semakin hampir dengan bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan yang disabdakan Rasulullah
sebagai bulan umatnya. Seringkali disengari letupan kecil iaitu letupan mercun yang dianggap sebagai memeriahkan suasana memecahkan kesunyian ditabir hari. Tapi mengapa di rumsisku, Ramadhan al-Mubarak juga disambut dengan mercun ya? Bukankah Ramadhan itu sebagai bulan yang melatih kita berjimat cermat? Mengapa kita perlu mambazir dengan membakar duit kita sendiri? Membazir itukan sifat syaiton… Hm…namun bukan itu yang ingin daku sampaikan. Diatas ini Cuma nasihat dan perkongsian sampingan. Tika malam mendatang dengan kekuatan gelap menggantikan tugasan siang. Malam yang dingin dipecahkan dangan Pom!!! Bunyi mercun yang amat kuat bagiku tetapi bunyi yang amat perlahan bagi umat Islam di Palestin. Tika mataku bekerdip layu, badan minta direhatkan. Sayup kedengaran panggilan si empuk penyenyak tidur. Menjemputku merasai pengalaman mati sementara. Pom!!! Ada lagi bunyi yang kuat itu memecah nafsu tidurku di malam hari. Teriakan tetangga rumsis membalas tembakan letupan mercun bagai amarah menguasai diri. Dalam kekalutan yang memecah kesyahduan malam, aku terfikir sejenak secara tiba-tiba. Bagaimanakan letupan yang didengari oleh saudara seIslamku di Palestin yang dijajah oleh musuh Allah durjana? Sedang aku lena di buai mimpi diatas empuknya tilam,saudara seislamku tidur pada lantai batu dan berbaring diatas pasir. Ada yang masih berlari anak menyelamatkan diri dari terbelana badan mereka. Teriakan anak kecil menggantikan bunyi unggas malam hari disini.


No comments:

Post a Comment