Save Palestin!!!

Tuesday, 9 August 2011

Detik Hitam 21 Ogos, 1969





Kenapa dengan 21hb Ogos? Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis.Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.

Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari-suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?

Wednesday, 3 August 2011

Disebalik Letupan Mercun


Kegembiraan dihati terlaksana pada wajah dek hari semakin hampir dengan bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan yang disabdakan Rasulullah

Sunday, 19 June 2011

Cinta Allah keutamaanku


Menghias hati dengan seseorang yang digelar wanita sememangnya menjadi keutaman darah muda yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru .

Thursday, 21 April 2011

Ciri-Ciri Pilihan Suami/Isteri


  • Beragama : Pilihan kita wajiblah kita yakini dengan agamanya iaitu amal agama dan perlaksanaan perintah Allah (solat,zakat). Soal ini amatlah penting dalam faktor pilihan suami/isteri kerana ini adalah tiang dalam faktor pilih jodoh. Jika kita pilih tiang yang rapuh,maka tidaklah lama ia akan kekal.
  • Hubungan Berkeluarga : Bagaimana hubungan sidia dengan keluarga? Hm...kalau hubungan sidia dengan keluarga rapuh,bolehkah sidia jadikan keluarga yang akan dibina ini teguh dengan aman dan intim seperti yang dianjurkan Rasulullah S.A.W? soal ini amat penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam berkeluarga.