ISI
KANDUNGAN
1. PENGERTIAN TAMADUN……………………………………………………….1 - 2
2. KONSEP TAMADUN………………………………………………………………3 - 5
3. KRONOLOGI :
1)
SEJARAH DALAM
AL – QURAN………………………….…………....6 - 7
(DARI KEJADIAN
ADAM HINGGA NABI
MUHAMMAD)
2)
TEORI CHARLES
DARWIN……………………………………………8 - 10
4. CIRI – CIRI :
1)
KEMAJUAN DAN
KEHANCURAN UMAT TERDAHULU………………………………………………………… 11 - 12
2)
KEBANGKITAN DAN
KEMAJUAN ISLAM SELEPAS
ZAMAN RASULULLAH………………………………………………………..13
- 16
3)
UMAT AKHIR
ZAMAN…………………………………………….17 - 19
5. KESIMPULAN…………………………………………………………………….....20
6. BIBLOGRAFI………………………………………………………………………..21
7. LAMPIRAN………………………………………………………………………..22
- 24
1.
PENGENALAN TAMADUN.
Tamadun
adalah perkataan yang boleh mengubah sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang
baik yang mana perkataan Tamadun ini berasal daripada perkataan arab yang
berbunyi maddana manakala dalam
bahasa inggeris pula ialah cilvizition yang ia membawa erti membangun atau
memajukan atau dengan lebih terang membina, mendirikan Bandar, menaikkan taraf
ke tahap beradab, menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati
serta menjauhi sifat yang tidak bertamadun atau sifat seperti binatang serta
mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur.
Dengan
wujudnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ia mampu mengubah
segala keburukan kepada kebaikan, sifat negatif kepada sifat positif, dan
pandangan yang buruk kepada pandangan yang baik jadi tiada keraguan tentang
agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w . Agama Islam ini juga sudah
memcipta sebuah Tamadun yang bersifatkan kebaikan dan menuju kepada kejayaan.
Tamadun Islam juga merupakan pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian,
kebendaaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan
teknologi, undang – undang, politik, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya yang
bersumberkan Al – Quran dan As – Sunnah.
Tamadun
Islam ini berkembang seiring dengan penurunan wahyu yang berteraskan kepada
ajaran Tauhid dan berpaksikan kepada Aqidah, Syariah, dan Akhlak. Mahmood mohd
Taib al – najmi dalam bukunya sejarah
Tamadun Islam medifinisikan Tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat
membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya samada dari segi pemikiran
dan kebendaan. Jadi perkataan peradaban di anggap sinonim dengan tamadun,
Beradab bermaksud sopan, terhormat, hidup dalam hukum, tingkat kebudayaan yang
tinggi berbanding dengan orang liar.
Daripada
huraian yang tersebut dapatlah disimpulkan bahawa tiga istilah pernah digunakan
untuk menghuraiakan tamadun iaitu kebudayaan, peradaban, tamadun. Walaupun kata
– kata itu berbeza dari segi sebutannya tetapi membawa satu maksud iaitu
pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan samada dari aspek pemikiran,
kerohanian, kebendaan, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah
laku, serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok
manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau Negara.
2.
KONSEP – KONSEP TAMADUN ISLAM
2.1
Memelihara nyawa dan hak untuk hidup
Tiada yang lebih berharga di dunia ini selain dari nyawa. Justeru
itu, tamadun islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai dasar yang paling
utama. Oleh itu, kemuliaan dan kehormatan nyawa tetap dipelihara oleh syari’ah.
Allah s.w.t telah menggubal perundangan yang paling terperinci dalam jaminan
keselamatan terhadap nyawa dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang manusia bukan kerana
hukuman pembunuhan atau kerana membuat
bencana dalam negeri maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya”.
( surah al – maidah ayat: 32)
2.2
Memelihara akal fikiran
Akal adalah anugerah Allah yang paling berharga dan tidak ternilai
dibandingkan dengan wang yang paling banyak. Disamping itu, manusia bebas untuk
berfikir, berkkeyakinan, dan menyatakan fikiran serta dengan akal manusia
menjadi mahkluk Allah yang paling mulia dan sempurna. Oleh itu, Allah
s.w.t mewajibkan setiap manusia menjaga
akal fikirannya dengan baik dan tidak dibenarkan menyebar kebatilan dan
keburukan yang boleh menjejaskan kestabilan sesebuah Negara. Jadi menuntut ilmu
itulah Fardhu Ain kerana dengan ilmu kita mampu jauhkan diri kita dari perkara
yang buruk dan dalam firman Allah s.w.t juga telah mengharamkan perkara yang
merosakkan akal fikiran :
“Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, dan
bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan – perbuatan itu agar kamu memperolehi keuntungan”.
2.3
Memlihara keturunan (maruah)
Tamadun Islam menjaga serta memelihara kesucian keturunan manusia
kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari benih yang baik, jadi individu
juga tidak dibenarkan sam sekali untuk mencari keburukan peribadi orang lain
dengan tujuan untuk menjauhkan maruah dan harga diri. Dalam firman Allah yang
menunjukkan Allah telah mengharamkna perbuatan yang boleh merosakkan keturunan
manusia seperti zina, homoseksual, dan lesbian :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu
dera, masing – masing seratus dera dan janganlah kamu kasih sayang terhadap
keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Hendaklah hadir ketika Allah menyeksa
keduanya satu golongan di antara orang – orang Mukmin.
(Surah An – Nur ayat: 3)
2.4
Memelihara harta benda
Kekayaan dan kemewahan adalah impian dan idaman setiap manusia. Justeru
itu. Islam telah mengiktiraf keinginan tersebut, jadi Islam telah meletakkan
pemeliharaan harta benda sebaga satu perkara yang penting kerana konsep ini
telah dijelaskan dalam Al – Quran yang
mana lelaki dan perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua – dua tangannya
sebagai pembalasan kesalahannya dam sebagai seksaan dari Allah.
“Abdullah bin Umar berkata : saya telah
mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda
: sesiapa yang terbunuh keran mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid”.
(Riwayat Bukhari)
2.5
Memlihara hak dan kebebasan
Islam telah menetapkan kebebasan bagi setiap manusia sejak ia
dilahirkan dan tiada sesiapapun yang
berhak untuk menceroboh kebebasan yang diberi oleh Islam ini. Maksud kebebasan
manusia disini ialah tiada pengabdian sesuatu
atau sesuatu melainkan hanya kepada Allah s.w.t. Oleh itu, setiap orang
mestilah diberi kebebasan dari segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan
kebendaan dan nafsu yang jahat. Setiap manusia
perlu diberi kebebasan untuk berfikir, kebebasan memberi pandangan,
kebebasan bergerak, bersuara dan lain – lain.
3.
PENGGARISAN
ZAMAN
3.1
SIAPAKAH
CHARLES DARWIN?
Charles
Darwin merupakan seorang pakar penyelidik alam semulajadi. Lebih dikenali
dengan pengarang buku “The Origin of Species”. Dari kecil amat mencintai alam
semula jadi dan suka melihat perubahan dan pergerakan alam sekeliling. Dia juga
merupakan seorang yang berjaya dalam penyelidikan tamadun dan perkembangan
peradaban manusia, dan kajian alam semula jadi.
BERDASARKAN TEORI BARAT (CHARLES
DARWIN)
Penggarisan
zaman yang telah diajar kepada kita. Pada awal kejadian manusia, kita diajar
bahawa adanya zaman batu yang terbahagi kepada tiga iaitu zaman paleolitik,
mesolitik, dan neolitik. Pada zaman ini kita diajar bahawa manusia awal berada
di zaman batu ini tidak ada peradaban dan tamadun kerana dikatakan mereka ini
tiada bahasa pertuturan, tidak tahu menulis, dan hidup menggunakan sesuatu
disekeliling mereka seperti batu sebagai alat yang berfungsi sebagai pisau dan
menghidupkan api. Mengikut teori ini, manusia diawal tamadun tidak ada bahasa
pertuturan dan tidak wujud sistem penulisan atau huruf, tetapi ia berkembang
dari semasa ke semasa mencapai kemajuan seperti yang telah diajar dari zaman
batu berpindah ke zaman gangsa, kemudian logam, dan zaman moden di mana kita
berada sekarang. Terdapat pelbagai artifak ditemui yang kononnya ia dari zaman
batu dan gangsa. Rangka manusia seperti “Perakman” yang ditemui yang saiznya
menyamai saiz tubuh badan manusia di zaman kesultanan Melayu Melaka dan
dikatakan bahawa itu adalah rangka yang sudah berusia beribu-ribu tahun dahulu.
Teori Charles Darwin makin tidak boleh diterima oleh akal apabila dikatakan
bahawa manusia ini berasal daripada beruk yang kemudian berubah kepada mawas
dan perlahan-lahan berubah kepada bentuk sebagai seorang manusia seperti yang
diterangkan diatas.
CIRI-CIRI TAMADUN MANUSIA
BERDASARKAN TEORI BARAT (CHARLES DARWIN)
·
Berasal dari
beruk yang perlahan-lahan menjadi manusia hasil daripada proses evolusi.
·
Tidak berpakaian
tetapi lama-kelamaan berevolusi mengikut perkembangan pemikiran dan mereka
berpakaian setelah itu.
·
Tidak ada bahasa
pertuturan
·
Tidak ada sistem
tulisan
·
Kehidupan
memburu
·
Menggunakan batu
sebagai alat tetapi berevolusi dengan kemajuan boleh berfikir kemudian membuat
alatan daripada tulang-tulang mawas dan bahan galian seperti besi dan
sebagainya.
3.2 APA ITU AL-QURAN ?
Al-Quran
ialah kalam Allah S.W.T yang suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
melalui perantaraan Malaikat Jibril yang diriwayatkan secara beransur-ansur
(mutawatir). Kebenaranny tidak boleh disangkal lagi malah ramai orang kafir
yang mengkajinya mengatakan Al-Quaran ini benar isinya.
BARDASARKAN DALIL-DALIL AL-QURAN
DAN TAMADUN MENGIKUT ISLAM
Telah
menjadi satu keharusan kepada kita untuk kita mengenali sejarah sebenar
kewujudan kita. Penggarisan zaman mengikut penciptaan Nabi Adam dan tamadun manusia yang bangkit pada zaman-zaman
telah diceritakan didalam Al-Quran mengikut Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Allah
S.W.T yang telah dihantar pada setiap zaman selepas kehancuran tamadun-tamadun
sebelumnya kerana kemurkaan Allah S.W.T. kepada mereka. Adam, Idris, Nuh, Hud,
Saleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayub, Syu’ib, Musa, Harun,
Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad.
Inilah cara dan kaedah yang sebenar untuk kita mengkaji tentang ketamadunan
manusia. Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi dan Rasul sebagai
ukuran masa dalam sejarah ketamadunan manusia. Seperti yang terdapat didalam
Al-Qurang yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.
“…di masa kerajaan Sulaiman…”
(surah al-Baqarah:102)
“…sesudah Musa…” (surah al-Baqarah:246)
“…sesudah
Nuh…”
(surah al-Isra’:17)
Nabi
dan Rasul dijadikan sebagai ukuran zaman kerana para Nabi dan Rasul ini adalah
wakil kaum mereka pada tempat, waktu, dan ketamadunan yang tertentu.
“Kemudian sesudah Nuh, Kami utus
beberapa rasul kepada kaum mereka (masing-masing), maka rasul-rasul itu dating
kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata,…”
(surah
Yunus : 74)
Anda
akan faham bagaimana perkembangan tamadun itu berlaku dan bagaimana ketamadunan
mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga kita menyangka
mereka berada di zaman batu
“Telah berlaku aturan-aturan yang
tetap sebelum kamu,maka kerana itu berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah
bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
(surah
Ali-‘Imran : 137)
Telah
diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk kita mengkaji setiap inci tanah bumi yang
penuh khazanah dan menyimpan seribu satu cerita misteri yang kita tidak
mengetahuinya. Ketamadunan yang mereka cipta hebat, malah mungkin lebih hebat
daripada apa yang kita ada sekarang.
“Dikatakan kepadanya : “Masuklah ke
dalam Istana.” Maka tatkala dia melihat lantai Istana itu, dikiranya kolam air
yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman
“Sesungguhnya ia adalah Istana licin terbuat dari kaca”…”
(surah
An-Naml : 44)
“dan ingatlah ketika Ibrahim
meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail…”
(surah
al-Baqarah : 127)
Ini
cukup membuktikan umat-umat terdahulu pandai membuat bangunan, pengankutan
(bahtera), dan mempunyai ilmu yang tinggi seperti pengawetan yang tidak dapat
ditanding dengan ilmu pengawetan kini yang tidak tahan lama seperti mumia, dan
batu-batu Piramid yang hanya boleh dipotong dengan menggunakan kristal sahaja,
dan hasil seni bina yang halus kerja tangannya yang kekal sehingga kini sedang
ia menggunakan pasir dan batu-batu yang dibakar sahaja.
BIDASAN
Cukup
dengan bukti penemuan sebuah artifak yang telah dikaji dan ianya adalah sebuah
bateri dari zaman Babylon. Juga sebuah kepingan yang berukir telah ditemui dan
apabila diteliti pada kepingan itu, terdapat ukiran seakan-akan sebuah
helicopter. Lupakah bahawa siapa yang membina Ka’abah? Pada zaman bila
terbinanya Piramid Giza? Lupakah anda bahawa Istana Sulaiman didirikan daripada
Kristal yang berkilauan? Dan lupakah bahawa Nabi Nuh sudah pandai membuat
bahtera. Mereka bukanlah orang gua seperti yang didakwa oleh teori barat.
Meskipun dikatakan bahawa manusia pertama tidak ada bahasa pertuturan, adakah
kita lupa dialog Allah kepada setiap nabi dan rasul-Nya?
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam
nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para
Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika
kamu memang orang-orang yang benar!"
(surah
al-Baqarah : 31)
“Allah berfirman: "Hai Adam,
beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah
diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:
"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui
rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan?"
(surah
al-Baqarah : 33)
4. CIRI – CIRI
4.1 KEMAJUAN DAN
KEHANCURAN UMAT TERDAHULU
Kemajuan
umat terdahulu tidak dapat di pertikaikan lagi dengan pembinaan Kaabah dan
Masjid Al – Aqsa. Pada zaman Nabi Nuh
a.s telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk membina sebuah bahtera . Hal ini
dapat diperkukuhkan dengan Firman Allah S.W.T. yang Nabi Nuh dan orang bersama
– samanya di dalam bahteranya yang mana ia diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari
ditenggelamkan oleh banjir besar. Hal ini dapat dibuktikan bahawa ini merupakan
kehancuran umat terdahulu yang ditenggelamakan oleh Allah S.W.T. disebabkan
mendustakan ayat – ayat Allah S.W.T. :
“Lalu mereka mendustakan Nuh,maka
Kami selamatkan dia dan orang-orang bersamanya di dalam bahtera,dan Kami
jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang
yang diberi peringatan itu”
(surah Yunus : 73)
Jadi dengan kejadian yang berlaku ke
atas umat Nabi Nuh a.s menjadi iktibar bagi semua umat manusia yang mendustakan
Ayat – ayat Allah S.W.T. yang sangat mulia. Pada zaman kemajuan Nabi Ibrahim
a.s yang meninggikan dasar – dasar
Baitullah bersama Ismail yang mana dalam Firman Allah yang menjelaskan kemajuan
ini :
“Dan (ingatlah),ketika Ibrahim
meninggikan(membina)dasar-dasar Baitullah bersama Ismail(seraya berdoa): “Ya
Tuhan kami terimalah daripada kami(amalan kami),sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(surah Ali-Imran : 127)
Dalam
Firman Allah ini telah dijelasakan yang mana Nabi Ibrahim dan Ismail telah
meninggikan dasar – dasar Baitullah tetapi mereka masih mengharapkan keredhaan
dari Allah
S.W.T.
yang menciptakan manusia dan semua yang ada dilangit dan dibumi serta
menunjukkan kemajuan dan kehancuran datang dari Allah S.W.T. seperti pada zaman
Nabi Sulaiman dalam Firman Allah yang memberikan kemajuan yang mana sebuah
Istana yang licin yang diperbuat daripada kaca :
“Dikatakan kepadanya : “Masuklah ke
dalam istana”.Maka taktala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air
yang besar. Dan disingkapkannya kedua betisnya.berkatalah Sulaiman :
“Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca”.berkatalah Balqis : “Ya
Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah
diri bersama Sulaiman kepada Allah,Tuhan semesta alam”.
(surah An-Naml : 44)
Hal ini menunjukkan kemajuan telah
dikecapi sejak zaman dahulu lagi dari pelbagai aspek kehidupan dan menunjukkan
begitu cekap dan bijaknya umat-umat terdahulu dalam membina dan sebagainya
dengan izin Allah S.W.T. dan Firman – Firman Allah telah menjelaskan terhadap
Kemajuan dan kehancuran umat terdahulu dalam peradaban manusia.
12
4.2 KEBANGKITAN
DAN KEMAJUAN ISLAM SELEPAS ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W., Allah S.W.T. telah
mengingatkan kita melalui lidah Rasulullah S.A.W. kepada umat yang datang
sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. yang mana mereka tidak mempunyai Nabi dan
Rasul dan itulah kasih sayang Allah S.W.T. dan Rasulnya kepada umat Islam. Jadi
diceritakan perkara – perkara yang bakal terjadi samada positif dan negatif,
dengan mengetahui dan memahami semua perkara – perkara agar umat Islam terpandu
atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang berlaku.
Dalam Hadith Rasulullah S.A.W. telah memberitahu Umat Islam tentang
Zaman yang akan Umat manusia lalui dalam Hadithnya yang berbunyi :
“Telah berlaku Zaman kenabian ke atas Kamu , maka berlakulah Zaman
kekhalifan (Khulafa’ ar rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka
berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengiggit(zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu yang
sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian
berlakulah zaman penindasan dan penzaliman(zaman diktaktor) dan berlakulah
zaman itu seperti Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman
kekhalifahan(imam mahdi dan nabi isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup
Zaman kenabian”.
(riwayat Ahmad)
Telah banyak perkara yang disampaikan kepada kita tentang dua
perkara yang positif yang telah pun berlaku :
1Rom
dan Parsi akan jatuh ke tangan Islam.
Ketika persediaan menggali parit
dalam peperangan khandaq, Rasulullah telah memberitahu Para sahabat bahawa rom
dan parsi akan jartuh ke tangan umat Islam. Rom dan Farsi ketika itu sangat
berkuasa, bagaikan amerika dan rusia, tetapi ternyata romawi timur dan parsi ke
tangan tentera Islam pada Zaman Khalifah Umar Al – khattab dan Allah juga telah
berfirman :
“Rom dikalahkan
oleh parsi beberapa tahun kemudian, samada sebelum dan selepas, semuanya adalah
urusan Allah. Ketika (rom mengalahkan parsi) orang mukmin bergembira
dengan pertolongan Allah”
(Ar Rum :2 -4)
2 Constantinopel
jatuh ketangan Islam
Para sahabat
dan salafussoleh berlumba – lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan
konstantinopel itu, dengan harapan berlaku janji tersebut tetapi mereka gagal
sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan
Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al – Fateh , keturunan Bani
Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada
tiga benua dengan 29 negara di bawah taklukannya sehinggalah hari ini di turki
masih ada kesan – kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang
ditinggalkan.
PERKEMBANGAN ILMUAN SELEPAS ZAMAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Islam
mula tersebar keseluruh pelosok dunia melalui penaklukan negara-negara barat
dan perdagangan ke sebelah timur. Selepas zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Khalifah
al-Umaiyah pula mengambil tampuk pemerintahan dunia Islam. Selain pahlawan
Islam yang bertukus lumus memperluaskan wilayah Islam, peradaban Islam turut
member sumbangan terhadap ketamadunan manusia. Para ilmuan dan cendiakauan
berlumba-lumba untuk menerokai idea-idea baru. Hasil dari kajian al-Quran dan
suasana sekeliling, ramai ilmuan Islam telah berjaya mempersembahkan idea-idea
baru dalam pelbagai ilmu seperti sains dan teknologi. Siapa yang tidak tahu
bahawa asas kepada ilmu matematik itu adalah daripada ilmuan Islam yang
dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab. Asas arkitek atau seni bina, sains alam,
kimia, fizik, dan astronomi juga berasal dari hasil idea para ilmuan Islam.
·
Qaisar
Ibn Abu Qasim
-Pakar
Pembuat Kinci Air
·
Muhammad
Ibn Ali Ibn Rustam Al Khurasani (966 H)
-Pakar Membuat Jam Mekanikal
·
Ar-Razi (925 M)
-Pakar Kimia, Perubatan, dan
Farmasi
·
Al-Biruni
-Ahli Farmasi
·
Ibn
Sina
-Pakar
Ilmu Fizik dan Perubatan
·
Ibn
Al-Haitham (1040 M)
-Alat Bilik Gelap
Terdapat
pelbagai lagi alatan dan rekaan yang asalnya dari ilmuan Islam seperti:-
·
Cawan Penapis
Rerambut
(925 M)
·
Hospital
Nuruddin di Dansyik
(1154 M)
·
Pemutar Spit
Berkuasa Wap
(1546 M)
·
Kunci Dengan
Kombinasi Nombor Rahsia (1200 M)
·
Mesin untuk
Mengangkat Air
(1200 M)
·
Pam Air
Automatik
(1200 M)
·
Alat Menerangkan
Kejadian Pelangi (1300 M)
4.3 UMAT AKHIR ZAMAN
Berkenaan dengan akhir zaman
ini, banyak perkara yang telah berlaku setelah wafatnya Rasulullah S.A.W. yang
mana ia merupakan Utusan Allah S.W.T. yang menegakkan Islam sehingga sekarang.
Dalam Firman Allah S.W.T. yang menunjukkan untuk apa manusia ini diciptakan
diatas muka bumi ini sedangkan malaikat pula yang selalu memuji, bertasbih,
bersujud kepada Allah S.W.T. dan dalam Surah Al – Baqarah sudah menjelaskan
tentang ini pada ayat 30 hingga ayat 34 :
“Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi
ini…….”
Sesungguhnya manusia yang hidup ini adalah Khalifah dimuka bumi ini
untuk mentadbir tetapi pada masa ini ia telah berlawanan dengan Khalifah yang
mana pada masa ini berapa banyak kehancuran, kemusnahan alam, pembunuhan sudah
berlaku di atas muka bumi ini yang mana dalam Firman Allah S.W.T. yang
menceritakan tentang kisah – kisah sebelum berlakunya penciptaan manusia :
Lalu para malaikat menjawab “Adakah Kamu ingin menjadikan di
atas muka bumi ini orang – orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan
darah ?”.
“Sedangkan Kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau….”
Tetapi Allah S.W.T. telah berfirman…….
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu..”
Jadi sekarang adakah persoalannya perkara yang dimaksudkan oleh
Allah S.W.T. tidak diketahui oleh para malaikat, tetapi persoalannya itu telah
dijawab pada surah – surah yang seterusnya :
“Allah telah mengajarakan kepada Nabi Adam “Nama – nama”
keseluruhannya.
Setelah Nabi Adam Mengetahui semua “Nama – nama”tersebut, Maka
bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia”
Sesudah para – para malaikat sudah bersujud kepada Nabi Adam a.s
tanda penghormatan kepada manusia, kecuali iblis iaitu satu mahkluk Allah yang
sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kehancuran,
kemusnahan, pembunuhan, dan sebagainya walaupun sudah diajarkan mengenai “nama
– nama” oleh Tuhannya dan dalam Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada malaikat: sujudlah kamu
kepada adam! Lalu mereka itu sujud kecali iblis, ia enggan dan takabur, dan ia
termasuk orang – orang yang kafir”
(Ayat : 34)
Dengan sikap iblis yang sombong, takabur, dan ia termasuk orang –
orang yang kafir yang enggan sujud dan telah berikrar sehingga Hari Kiamat
untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan dan menumpahkan
darah walaupun ia telah diajarkan
mengenai “nama – nama” oleh tuhannya tetapi dengan nama – nama tersebut yang
merupakan penyelesaian kepada semua masalah yang terjadi pada umat akhir zaman
sebagaiamana yang telah dijangka oleh para malaikat. Walaubagaimanapun, sejarah
ketamadunan manusia yang menggariskan zaman pra sejarah yang diajarkan kepada
semua penduduk dinegara kita yang mana
kita sendiri menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dari zaman batu yang
mana kita ketahui manusia pada zaman dahulu tidak tahu apa – apa, malah tidak
tahu bercakap, tidak ada bahasa akan tetapi berkembang sedikit demi sedikit
mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada
sekarang yang mana itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia seratus
peratus walaupun ditanya tentang garis masa seperti itulah yang akan dijawab
oleh mereka.
Apabila disebut pula pada zaman purba, secara pantasnya akal
manusia membayangkan manusia pada zaman itu tinggal di dalam gua. Akan tetapi
kita selalu lupa bahawa Kaabah dan Masjid Al – Aqsa itu sebenaranya dibina oleh
Nabi Adam a.s. sebagaiman yang pernah diberitahu oleh Hadith Rasulullah
S.A.W. Ini menunjukkan bahawa manusia
pertama sudah pandai membina bangunan dan adakah mereka tinggal didalam gua
seperti binatang, malah Nabi Adam a.s sudah pandai berkata – kata, berpakaian
dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manuisa yang wujud pada
hari ini. Adakah Nabi Adam a.s diturunkan dalam keadaan tidak berlimu sedangkan
Allah S.W.T sudah mengajarkan kepada Nabi Adam tentang keeluruhannya, malah
Nabi Nuh sudah pandai membina bahtera yang besar. Jadi adakah tenaga elektrik
sudah digunaka oleh manusia pada zaman batu, zaman gangsa dan zaman logam,
sedangkan pada berjuta – juta tahun dahulu sebelum kita pada masa kerajaan kuno
Babylon sudah pandai menggunaka tenaga elektrik. Ada sebuah bahan sejarah yang
menunjukkan pada masa zaman moden iaitu sebuah lukisan dalam tamadun mesir
purba yang menunjukkan gamabar yang berbentuk helikopter, jadi zaman batu dan
zaman gangsa tidak pernah wujud dan paleolitik hanya satu istilah khayalan
serta mesolitik hanya satu istilah dongeng.
5. KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian kami,
mengikut pada sejarah yang sedia ada sesebuah Tamadun ini berasal dari zaman
batu yang pada masa itu manusia tidak tahu apa – apa sedangkan manusia yang
pertama wujud didunia ini sudah pandai membina bangunan iaitu masjid Al – Aqsa
dan kaabah, mengikut pada Islam Nabi Adam a.s
ialah manusia yang pertama didunia ini yang membina Masjid Al – Aqsa dan
kaabah.
Mengikut pada zaman purba pula
manusia tinggal didalam Gua dan tidak tahu apa – apa, manakala pembinaan Masjid
Al – Aqsa dan kaabah ini dibina oleh Nabi Adam a.s. Oleh demikian, secara
logiknya manusia tidak tinggal di Gua
serta manusia pada zaman dahulu malah, manusia sudah boleh berkata – berkata, berpakaian, dan
bertindak seperti manusia yang wujud pada hari ini. Mengikut pada Artifak yang
ditemui dalam Tamadun Babylon yang telah dikaji ia merupaka sebua bateri.
Dengan Artifak ini menunjukkan Kerajaan kuno Babylon sudah menggunakan tenaga
elektrik sebelum kita pada abad yang berjuta – juta dahulu sebelum wujudnya
zaman moden ini dan bateri yang digunakan.Charles Darwin ialah punca perkara
ini berlaku, mengikut Sejarah pula ia mempunyai perbezaan diantara zaman logam
dengan pembinaan Masjid Al – Aqsa dan ini ade sebarang penipuan yang dilakukan
oleh sesorang untuk membuat satu musliht yang paling besar dan penipuan yang
paling besar. Walaubagaimanapun, Tamadun Islam adalah berasaskan perkara yang
benar dengan berpandukan Al – Quran dan As – sunnah.
Di
samping itu, Sejarah Tamadun yang sebenarnya bermula dari Nabi Adam a.s hingga Utusan Allah s.w.t yang mana di dalam
kitab suci Al – Quran ini terdapat beberapa Nabi untuk ukuran dalam masa
sejarah. Walaubagaimanapun, Para Nabi ini menentukan tempat, waktu serta
ketamadunan yang tercipta dan dengan Para – Para Nabi yang diutus ini yang
membentuk Tamadun akan tetapi mereka bukanlah orang asyik dengan makan tidur
tetapi mereka telah membina ketamadunan yang sangat hebat dan kecanggihan
mereka lebih canggih daripada sekarang, yang lebih membanggakan lagi ilmu
pengetahuan mereka lebih tinggi sehingga mereka mampu mencerap bintang –
bintang di langit. Jadi, sudah tibalah masa untuk khalifah untuk menyambung
tanggungjawab untuk menjaga ketamadunan yang kuat ini.
6.
BIBLOGRAFI
Ø Mustafa
Hj Daud, tahun terbitan 2002, tamadun Islam, Dicetak oleh Affluent Master Sdn
Bhd, terbitan Utusan Publication & Distributers Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Ø Abdul
Rahman Hj Abdullah, tahun terbitan 1988, Sejarah dan Tamadun Islam, Dicetak
oleh Kim Hup Lee Printing Co. Pte. Ltd, Terbitan Teks Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Ø Muhammad
‘Abdul Al – Hadi Al – Misri, Terjemahan Baharuddin Ayudin, 1996, Sejarah
Penyelewengan Manusia, Dicetak oleh Laser Press Sdn, Bhd. Terbitan Al –
Ramadhan. Selangor.
7.
LAMPIRAN
TEORI
CHARLES DARWIN

![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
MENGIKUT
GARIS PANDUAN AL-QURAN
![]() |
![]() |
![]() |
|||
Seni Bina Umat Terdahulu
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
Ilmu Umat Terdahulu
Kalender
Bateri
![]() |
![]() |
Rangka Umat Terdahulu
![]() |
![]() |
Rangka Manusia Yang Besar Berbanding Rangka Zaman Batu
Kehancuran
Umat Terdahulu
nice
ReplyDelete