Save Palestin!!!

Madah

Ku Pohon PadaMu
Masa pantas berlalu pergi,
Yang esok tetap hadir,
Yang semalam tetap berlalu pergi,
Kenangan ditinggal menjadi bukti berlakunya semalam,
Untuk hari esok,
Kita berusaha untuk menjadikan hari yang terindah,
Sentiasa mencari redha Ilahi,
Agar peroleh barokah dari-Nya,
Hari demi hari ku lalui,
Di isi dengan amalan yang murni,
Hari demi hari ku perbaiki,
Moga mendapat restu hidup dari Ilahi,
Hari demi hari ku utuskan doa,
Permulaan hidup yang barokah,
Ku pohon petunjuk dikala susah,
Menempuh ujian dari-Mu yang Esa,
Moga ditetapkan iman yang sejati,
Agar tidak beralih segalanya,
Dalam menempuh liku kehidupan yang sementara.


Madah Cinta Ilahi
Sinar pagi memancar,
Terangnya hebat,
Suasana terasa damai dek pancaran suria indah,
Dalam sepi ku berdoa,
Dipertunjukkan kasih sebenar,
Antara pilihan kasih barokah-Mu,
Atau kasih keselesaan sementara,
Ya,
Ku pilih kasih dalam barokah-Mu,
Di pohon agar terjaga segala tingkahku,
Dijaga segala fikirku,
Lantaran lemparan ujian berat-Mu,
Perkuatkan apa yang lemah dariku,
Kerana ku hamba-Mu yang sering khilaf,
Keampunan-Mu kutagih,
Doa tidak henti ku utuskan,
Kerana-Mu Tuhan yang tidak pernah bosan,
Mendengar rintihan zaman-berzaman,
Tidak kira serendahnya darjat disisi-Mu,
Tetap diterima apabila percaya dengan sepenuh iman dan taqwa.


Sesalan
Tika azan berbisik,
Tika mata terbuka melihat alam,
Tika mulut dibuka memulakan bicara,
Tika perasaan sudah pandai bermain natijah,

Duhai manusia,
Kita alpa segalanya,
Dimana permulaan kita,
Dimana akhir kita,

Semuanya memecut laju,
Entah kamana mereka mahu pergi,
Perjalanan dihiasi mawar berduri,
Apa yang mereka fikirkan?,

Kealpaan keseronokan dinikmati,
Dunia yang sementara untuk  mengecapi kebahagian selamanya,
Tapi mereka lebih memilih jalan duka selamanya,
Kini sememangnya mereka suka,
Kelak mungkin berduka,

Alam mengajarku,
Suasana memberi ketegasan,
Aku perlu beredar dari suasana  gelap ini,
Aku lemas dek ombak maksiat,
Pada-Mu ku mohon perlindungan,
Perlindungan hati dan perilaku,
Sematkan iman dan taqwa dalam diriku,
Moga rahmat dan berkat-Mu mengiringi daku.


Iman
Tidak sangup rasanya hati ini memungkiri,
Tetapan luhmahfuz yang sejati,
Ya Rabbi, hamba-Mu yang lemah merintih dalam sepi,
Haus kasih tanpa dari-Mu
Tidak bermakna linangan air mata kepipi bukan kerana fikirku pada-Mu,
Tidak bermakna segala lafaz bukan kepada-Mu,
Tidak selesa segala gerakku tanpa redha-Mu,
Cinta tulus ingin ku serahkan,
Ya Allah…Bagaimana?
Bagaimana diriku disisi-Mu,
Daku yang jahil lagi memungkiri-Mu,
Tidak layak untuk hamba semacamku ke syurga-Mu,
Tetapi tidak pula ku pinta ke neraka-Mu,
Segala gerakku cuba untuk-Mu,
Ku tidak lagi berdaya melangkah,
Rintangan membakar azam dijiwa,
Kasih-Mu idaman sentiasa,
Bangkitku kerana juang untuk-Mu,
Perang hati hasutan syaitan nirrojim,
Syahid, cita-cita ku,
Segala gerak cuba untuk-Mu,
Usaha dengan Iman menjadi gah,
Taqwa menyelubungi diri,
Segalanya hanya kepada-Mu Ilahi.