Save Palestin!!!

Diari Daei

Diari Aktiviti Praktikal di Masjid Putra :-

MASA
ISI DIARI
8.40
Taklimat Praktikal Dakwah ke Masjid Putrajaya
Penyampai : Ustazah
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
9.20
Sesi bergambar sebelum bertolak ke Masjid Putrajaya
9.30
·         Mula bertolak dari ILIM dengan menaiki Bas ILIM
·         Menyusuri ke Putrajaya dengan menggunakan pintu 1 (Presint 1) Putrajaya
·         Peserta saling berbincang tentang strategi dakwah masing-masing mengikut kumpulan
9.55
·         Tiba di Masjid Putrajaya
·         Kelihatan banyak bas pelancong sudah tiba di perkarangan Masjid Putrajaya
·         Peserta STPSD berkumpul di pintu utama Masjid Putrajaya dan ada juga yang sempat mengambil gambar
·         Urusetia sedang melaporkan diri di kaunter utama Masjid Putrajaya
10.15
Semua peserta STPSD melakukan solat tahiatul masjid
10.35
·         Peserta mula membuat persiapan dengan membentangkan meja dan menyusun kerusi. Kelihatan semua peserta saling membantu.
·         Ketua mengatur perancangan dakwah yang sesuai kepada Madh’u  bersama ahli kumpulan
11.00
Kelihatan semua peserta STPSD mula bertebaran mencari Madh’u untuk memikat Madh’u kepada keindahan Islam
11.15
·         Peserta berkumpul semula untuk mengatur strategi yang berkesan.
·         Ustaz Soleh dan Dati Hajjah Rohana turut berkongsi pengalaman dan cara yang berkesan untuk menarik perhatian Madh’u
11.30






11.40
·         Kumpulan kami dapat menarik perhatian Madh’u pertama (Chung Show Chine) hingga mereka sudi melihat ‘’slide show” kami tentang haji.
·         Kelihatan Madh’u memberi sepenuh perhatian dengan penerangan yang diberikan
·         Pelbagai soalan yang ditanyakan Madh’u kepada kumpulan kami tentang haji.
·         Pn Hanisa menceritakan segalanya tentang Ka’abah temasuk keajaiban air zam zam
·         Madh’u kelihatan terpegun dengan penerangan tentang  Ka’abah
11.35
·         Kumpulan kami mendapat Madh’u kedua (Pham Ngoc Khoa)
·         Madh’u lebih meminati cerita tentang seni bina Masjid Putra dan kami menerang dan menunjukkan
12.00
·         Kami mendapat Madh’u ketiga (Shamin) dan keempat
·         Kedua-dua Madh’u sudi mendengar tentang Islam dan memberi pendapat tentang Islam di Malaysia
12.15
·         Kami mendapat Madh’u yang kelima (Sharon)
·         Madh’u mendengar penerangan tentang Ka’abah dan meminta kami menunjukkan seni bina Ka’abah dan bagaimana umat Islam melakukan Ibadah di sana
·         Madh’u diberi buku dan pamphlet dan mereka segera membuka dan membaca dengan teliti
12.20
·         Kami mendapat Madh’u keenam (dari Vietnam)
·         Madh’u menanyakan tentang seni bina Masjid Putrajaya
12.35
·         Kami mendapat Madh’u ketujuh(Wang Men Yuan) dan kelapan
·         Madh’u ingin mengetahui tentang solat
·         Madh’u ingin sujud dan meminta kami mengajarnya untuk sujud
·         Ada Madh’u yang meminta kami mengajarnya bagaimana hendak melakukan solat. Dalam masa ini Peserta STPSD saling membantu dalam menerangkan tentang solat dan Perlakuan solat secara praktikal bersama.
·         Kelihatan semua peserta terharu dengan perkara yang berlaku
1.00
·         Rehat dan Solat
2.00
·         Mula bertugas mendapatkan Madh’u
2.30
·         Kami mendapat Madh’u kesembilan (Anh Vu)
·         Madh’u telah melihat keindahan Masjid Putra di internet termasuk tasik. Beliau meminta kami menunjukkannya dan menceritakan tentang struktur binaan masjid
2.50
·         Kami mendapat Madh’u kesepuluh
·         Madh’u (Ngujen Thi) bersemangat ingin mengetahui tentang Islam
3.15
·         Kami mendapat Madh’u kesebelas
·         Madh’u (David Carr) meminta kami menerangkan tentang Masjid Putrajaya
·         Madh’u menyatakan bahawa itu adalah masjid pertama yang dia jejak sepanjang hidupnya.
·         Madh’u berkongsi tentang perkembangan gereja dari dahulu hingga kini dan membandingkan dengan keindahan masjid. Madh’u kelihatan terpegun dengan keindahan masjid
·         Madh’u kelihatan mengetahui serba serbi tentang Islam
3.40
·         Kami mendapat Madh’u kedua belas
·         Madh’u seorang pemandu pelancong Vietnam(Ha) menanyakan tentang Masjid Putrajaya,apa fungsi kopiah dan adakah warna kopiah membezakan darjat, mengapa wanita perlu memakai tudung yang labuh menutup badan.
·         Madh’u bagai mendapat pengetahuan pertama tentang Islam.
4.15
·         Semua peserta mengemas meja dangan bekerjasama
·         Rehat/Minum petang
4.40
·         Solat Asar
5.20
·         Bas mula bertolak dari Masjid Putrajaya ke ILIM menyusuri Presint 1 Putrajaya
5.45
·         Peserta STPSD  tiba di ILIM
·         Semua peserta  kelihatan letih tetapi amat  gembira dan berpuas hati dengan usaha dakwah yang dijalankan.
·         Semua peserta ingin menjadikan aktiviti dakwah ini sebagai aktiviti yang berterusan yang akan dirancang bersama dan akan dilakukan semula. Insya Allah

 
Nama
Maklumat
 Pandangan tentang Islam
Chung Show Chine
·         Datang dari daerah Taubigo, China.
·         Bersama seorang isteri dan dua orang anak.
·         Berbangsa Hokkian
Katanya Islam di Malaysia amat peramah bertentangan dengan apa yang pernah beliau dengar  bahawa Islam itu ganas



Pham Ngoc Khoa
·         Dari Vietnam
·         Kagum dengan keindahan senibina Islam
Islam sungguh menarik dan harmoni

Shamin
·         Dari Perlis,Malaysia
·         Datang bersama dua orang kawan
·         Darah campuran Pakistan
Islam model dan liberal dan tidak terkongkong seperti yang dia sering dengar

Tidak diketahui
·         Madh’u tidak diketahui identiti
·         Seorang perempuan dari Francis
Islam sungguh bagus dan hebat

Sharon

·         Dari Vietnam
·         Berumur 30 tahun
·         Bersama suami dan seorang anak yang sedang menuntut di institute Singapore
·         Datang tidak mengikut pemandu pelancong
·         Amat tertarik dengan suasana Masjid Putrajaya yang tesergam indah diatas tasik
Islam amat menarik dan bagus dan Islam itu universal

Tidak diketahui
·         Dari Singapore
·         Bersendirian
Seni Islam menarik dan binaan yang nampak gah dan kukuh



Wang Meng Yuan
Yang Zhing
·         Dari China
·         Bersama pasangan
·         Belajar sujud dan mempraktikkan solat dibantu oleh peserta STPSD yang lain
Sujud sangat tenang dan perlakuan solat sangat mengkagumkan. Islam ialah tenang
Tidak diketahui
·         Dari Sweden
·         Bersama anak
Oaring Islam pemurah (dapat air percuma)
Anh Vu
·         Berumur 17 tahun
·         Baesama keluarga
Islam baik
Ngujen Thi
·         Dari Vietnam
·         Bersemangat ingin tahu tentang Islam dan bagaimana tuhan Islam
Islam sungguh taat
David Carr
·         Dari United States of America
·         Meminta kami menerangkan tentang Masjid Putrajaya
·         Masjid pertama yang dia jejak sepanjang hidupnya.
·         Berkongsi tentang perkembangan gereja dari dahulu hingga kini
·         Mengetahui serba serbi tentang Islam
Saya mengetahui serba serbi tentang Islam tetapi saya lebih yakin dengan agama saya, Kristian
Ha
·         Dari Vietnam
·         Seorang pemandu pelancong
·         Ingin mengetahui tentang struktur masjid dan komposisi masjid
·         Berkongsi tentang amalan penyembahan nenek moyang di Vietnam
·         bagai mendapat pengetahuan pertama tentang Islam.
·         apa fungsi kopiah dan adakah warna kopiah membezakan darjat, mengapa wanita perlu memakai tudung yang labuh menutup badan.
Islam menarik dengan seni bina yang indah