Save Palestin!!!

Wednesday 25 January 2012

15 Kata-Kata Hikmah


1
Setiap manusia perlu menjaga percakapan mereka, maka percakapan mereka akan selamatkan diri mereka
***
2
Apabila kamu berjalan di bumi Allah S.W.T.  pandanglah ke bawah apabila kamu tenang, dan mendongak ke langit biru apabila kamu resah
dan kesunyian. Dan ingatlah, bahawa Allah S.W.T. sentiasa bersama kamu walau di mana kamu berada, rayulah apa yang kamu ingin rayu Allah mendengar segala apa yang kamu katakan walaupun di dalam hati.
***
3
Allah tidak akan menguji kamu lebih dari kemampuan kamu. kerana
Allah menghitung setiap apa yang kamu lakukan dan Allah lebih
Mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui. maka
bersabarlah dan gunakan akal mu dalam setiap sesuatu,
beruntunglah kesudahan bagi orang-orang yang berfikir.
apabila tertimpa sesuatu kepada mu, jangan salahkan Dia Yang
Memberi Ujian. ketahuilah bahawa Allah sedang berbicara
dengan mu tika ujian ditimpakan. Allah sedang berbicara
kepada kamu tentang Ikhlas dan Sabar...
***
 4
Setiap manusia mempunyai khilaf mereka. mereka juga punyai
masa jahiliah mereka. dan janganlah kamu memandang
seseorang yang pernah jahil ini umpama najis di jalanan kerana
kemungkinan zaman jahiliah kamu adalah sekarang (kamu
sedang dalam kesalahan yakni memandang hina hamba
Allah)
***
5
Pada pokok itu mempunyai akar yakni Aqidah, yang
kemudiannya adalah batang pokok yakni Ibadah Fardhu, yang
kemudiannya adalah dahan yakni Iman, yang kemudiannya
adalah ranting yakni Ibadah Sunat, yang kemudiannya adalah
daun yakni Fikiran, yang kemudiannya adalah buah yakni Akhlak.
apabila teguh Aqidah kamu, maka kukuh lah yang lainnya
(batang pokok) yakni Ibadah mu. seperti teguhnya batang
pokok yang tidak tumbang kerana teguhnya akar. seterusnya
akan melahirkan cabang iman (dahan) sama ada lemah atau
kuat berdasarkan Ibadah dan Aqidah (batang pokok dan
akar) kamu. jika kukuh yang sebelumnya itu, akan melahirkan
rasa ingin menghidupkan sunnah (ranting). jika tingkat iman
terus meningkat, maka banyaklah ibadah sunnah yang dapat
dihidupkan dengan gah (seluruh ummah). yang seterusnya
akan melahirkan berbagai jenis akal fikiran (daun) sama ada
elok atau tidak pemikiran itu, bergantung kepada yang sebelumnya
Aqidah(akar), Ibadah Fardhu(batang pokok), Iman(dahan) ,
dan Ibadah Sunnah(ranting ). jika baik sebelumnya, maka
akan melahirkan fikiran yang elok (daun yang hijau) dan jika tidak
baik sebelumnya, maka akan melahirkan fikiran yang rosak
(daun yang gugur). hasil dari semua itu akan melahirkan akhlak
(buah). baik buruk akhlak itu bergantung kepada yang
sebelumnya (Aqidah, Ibadah Fardhu, Iman, Sunnah, dan
Fikiran). dan ingatlah, pokok yang bermanfaat adalah pokok yang
berbuah dan baik buahnya.
***
6
Mulanya langkah kamu naik dari tangga pertama, ke tangga ke dua, ke tangga ketiga, dan yang seterusnya. Apabila sampainya kamu di tangga paling teratas, janganlah kamu lupa akan tangga pertama, tangga ke dua, tangga ke tiga, dan  yang seterusnya yang telah kamu lalui hingga membawa kamu ke atas. Kerana, jika tiada yang sebelum, maka tidak akan sampai kamu kepada yang seterusnya.
***
7
Terpilihnya kita oleh Allah S.W.T dari berjuta benih yang berlumba,
Kita yang terpilih di kalangan itu, maka kitalah benih yang berjaya,
Jejaknya kaki kita di bumi Allah S.W.T., kita berhadapan dengan semua benih yang berjaya di alam rahim,
Tetapi ingat !
Apabila di akhirat kelak dan bumi ini menjadi tempat persinggahan,
 Kita berjaya bukan kerana berlumba sebagaimana perlumbaan kita di alam rahim,
Tetapi kita berjaya dengan ketinggian darjat kita di sisi Allah S.W.T.
Maka berjayakan lah diri kita dalam redha dan taqwa kepada Allah S.W.T.
***
8
Berdirinya seorang pemimpin di hadapan mu adalah dipilih oleh Yang Maha Mengetahui,
Tunjuknya adalah tunjuk Rasulullah S.A.W.
Tunjuk Rasulullah adalah tunjuk Allah S.W.T.
Maka ikutilah dia selagi dia di jalan syariat,
Dan mendapat murka bagi mereka yang tegar.

Dari  Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah S.A.W., sabdanya:
“Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua/pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua/pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
***

9
Jika kamu mengimpikan syahid, maka kamu akan dapatinya
Jika kamu impikan dunia maka kamu akan dapatinya juga
Dan hendaklah setiap antara kamu membezakan baik buruk tentang sesuatu
***

 10
Apabila tentang sesuatu telah ditulis di louhmahfuz
Maka tidak ada daya bagi kita untuk ketepikannya
Kerana kita semua adalah di bawah aturanNya

Doa itu adalah penghubung antara hamba dengan pencipta
Berhubunglah selalu dengan penciptamu
Sesungguhnya Dia tuhan Yang Maha Mendengar  lagi Maha Mengasihani
***
11
Setiap bilangan daun yang gugur walau di ceruk mahupun di rantau
Di bawah terangnya cahaya siang mahupun di dalam kegelapan malam
Semuanya di bawah Pengetahuan Allah S.W.T.
***
12
Sehebat mana pun manusia,
Sekuat mana pun manusia,
Seberani mana pun manusia,
Tapi mereka akan gentar dan menggigil apabila laungan Allahu Akbar menerobosi ke corong telinganya
***
13
Hidayah itu milik Allah S.W.T.
***
14
Gali lah lubang sedalam mana kamu kehendaki
Maka kamu sukar untuk menggapai langit yang tinggi
Lihatlah faedah bagi keduanya
Maka fikirlah lah kamu dengan sebaik-baik pemikiran
***
15
Di dalam akal manusia ada beberapa pintu yang diakhiri dengan batas
Maka bukalah semua pintu-pintu akal itu untuk memikirkan sesuatu
Dan antara kita akan ketahui kemampuan masing-masing hingga membawa kepada kejayaan
Dan janganlah melepasi batas akal itu setelah semua pintu akal dibuka
Kerana akan datang kemurkaan Allah S.W.T.  setelah itu
***

No comments:

Post a Comment