Save Palestin!!!

Wednesday 10 August 2011

10 Perkara Membatalkan Syahadah

Umat islam kini ramai yang tidak mengerti apa makna Islam dan memahami apa itu aqidah Islam yang sebenarnya, kadangkala apa yang mereka lakukan itu adalah perkara yang boleh membatalkan Islam mereka, sama ada dalam mereka mengerti atau tidak mengerti tentang akibat perbuatan mereka.

Kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai yang mengetahui apa perkara yang membatalkan solat, membatalkan haji, membatalkan puasa, malangnya mereka tidak tahu malah tidak mengambil berat tentang batalnya DUA KALIMAH SYAHADAH yang telah mereka ucapkan, ataupun  membatalkan Islam itu sendiri.



Mari kita imbas semula aturan – haji, zakat, puasa, solat, semua itu berada selepas daripada ucapan kalimah syahadah. Bagaimana mungkin seorang muslim memahami erti membatalkan haji, solat, wudu’, puasa, zakatnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak memahami  apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya, yang sekali gus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Inilah bentuk penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Bentuk pelajaran dan pembelajaran yang disusun tidak kuat dengan pemahaman kepada dua kalimah syahadah. Dimasjid dan disurau, guru-guru, ustaz-ustaz lebih menumpukan soal fiqah, soal-soal batalnya solat, soal-soal batalnya puasa, sehingga kadangkala mereka terlupa bahawa soal aqidah adalah tonggak utama dala hati Islam itu. Mereka terlupa untuk mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Adakah anda sedar bahawa batalnya Islam seseorang lebih besar impaknya daripada batalnya solat dan batalnya puasa, kerana batal solat dan batal puasa ia boleh diganti, tetapi batalnya dua kalimah syahadah seseorang itu menyebabkan dia murtad dan terkeluar Islam, dan orang murtad adalah orang yang paling hina di sisi Allah.

Kerisauan yang tegap timbul sehingga ramai pemikir Islam memikirkan tentang hal ini. Maulana Abdul Hassan ‘Ali An-Nadwi salah seorang daripadanya sehingga menulis sebuah buku atau risalah yang mengingatkan orang Islam tentang hal ini, sehingga beliau menamakan buku atau risalah itu sebagai Riddah la Aba Bakrin laha “ Murtad yang tidak dihadapi Abu Bakar”

Pada zaman dahulu ramai yang telah murtad dan Allah membangkitkan Abu Bakar As-Siddiq, yang merupakan Khalifah selepas Rasulullah S.A.W, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman ini, ramai orang Islam murtad dan tiada siapa pun peduli.  Bahkan mereka berani melakukan secara terang-terangan.

Sedarlah akan hal ini, semua para ulama’ kita yang sedar hendaklah berusaha memahami Aqidah Islam yang sebenar. Penulis begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi, iaitu Sheikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz (rahimahullah) yang sudah pun meninggal. Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji atau umrah, yang datang bagi menunaikan ibadah haji atau umrah, yang dinamakan Dalilul Hajji wal-Mu’tamir  “Panduan Haji dan Umrah,” beliau memasukkan terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan Islam, kerana menyedari bahawasanya seseoarang yang menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh, yang pertama hendaklah betul aqidahnya ; kedua, ikhlas kepada Allah; dan ketiga, menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Suka saya untuk menyebutkan sepintas lalu perkara-perkara yang menjadi penyebab utama pada zaman ini, yang disenaraikan di dalam risalah tersebut, yang menyebabkan seseorang batal Islamnya, yang dinamakan  sebagai nawaqidul Islam (perkara-perkara yang membatalkan Islam)
1.       Syirik
2.       Perantaraan
3.       Enggan mengkafirkan (suka mengata kafir)
4.       Yakin yang lain
5.       Membenci syariat
6.    Mempersenda Islam
7.    Sihir
8.    Bantu Kafir musuhi Islam
9.    Kecualikan dari Syariat
10.  Berpaling dari agama

Huraian Pena daripada:- 
(Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik, 2007, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms.20-23) 

No comments:

Post a Comment