Save Palestin!!!

Sunday 18 December 2011

Inilah Daku



Dahulunya aku lah laksamana di pentas perwira,
berdiri teguh dengan kata-kata utuh,
mulut senang dibuka lidah lancar berkata dunia,
hingga diri terasa angkuh,

Itu silamku yang seronok belaka,
Baru hendak mengenal dunia,

Tidak memikir hujah agama,
Apatah lagi menghujahkannya,

Sampai seru catitan papan terjaga,
Daku melangkah ke kumpulan agama,
Hujah hebat menyusuk ketelinga mencelikkan mata,
Barulah ku sedar daku kekurangan belaka,

Ku pandang kiri ku pandang kanan,
Ku pandang hadapan dan belakang juga,
Ramai !!! ramai berjiwa kepimpinan,
Hujah mereka seimbang dunia dan agama,

Terbisu bibir dari seribu bicara,
Hanya hati berani barkata-kata,
Dengan tarian Pena ku menukilkan idea,
Kerana sedar diri ini rendah di Sisi Yang Esa,

Usaha deras bak air pasang ke kuala,
Mencari ilmu agar penuh dibidang dada,
Ilmu Islam yang sangat mulia,
Menyimpan hasrat menegakkanya diusia muda.

No comments:

Post a Comment