Save Palestin!!!

Wednesday 23 May 2012

Cerpen Untukmu


pagi yang dingin, awan menjirus bumi. pagi itu kurang yang berlalu lalang seperti kebiasaan harinya. Fitri hanya memerhati gerak geri mereka dari kepingan tingkap di biliknya yang terbuka tika itu. dia menjulingkan matanya melihat jauh ke timur. tertarik akan sepasang kekasih yang berjalan sama-sama pergi ke kelas.
"amboi...romantiknya," Fitri terkejut dan menoleh kebelakang. tidak sedar dia yang Hafiz berada di belakangnya.
"ish, hafiz. klu ye pun berilah salam dulu,"
"ala...itu pun nak terkejut" jawab Hafiz sambil memuncungkan bibirnya
"apa yang enta menungkan tadi Fitri?" Hasriq duduk dimeja belajarnya dengan secawan air kopi madu yang masih panas.
"tiada kelas ke pagi ini?" sambungnya dan diikuti dengan hirupan air di tangannya.
"engkau tanye aku ke Fitri, As?" soal Hafiz dengan wajah yang keliru.
"kelas engkau dengan aku sama hari ni Hafiz. sia-sia je kalau aq tanye engkau. tapi kalau nak jawab boley je. Fitri tu macam kene sampuk kenapa? diam je,"
"Fitri," panggilan Hasriq menyedarkan Fitri dari angan-angan kosong.
"termenung je," sambung Hasriq. Hafiz melangkah keluar dari bilik. mungkin ingin mandi untuk turun bersarapan di cafe
"kenapa anta ni Fitri. ada masalah ke?," soal Hasriq dengan nada yang serius.
"apa yang diorang fikir ea?" Fitri mula bersuara
"Siapa?"
"orang yang ber couple ni," jelas Fitri.
"ana tidak tahu la Fitri,"
"ana tengok lelaki yang tergila-gila nak bercouple ni macam tiada arah tuju je," Fitri bangun lalu ke tingkap semula.
"tengoklah tu, laki itu ikut je kumpulan perempuan tu ke mana pun diorang pergi," Fitri menghela nafas. satu fenomena yang biasa dilihat di kampusnya.
"kadang-kadang Fitri, diorang ni ok masa sekolah dahulu, tapi bila diorang datang ke kolej, diorang tengok senior-senior duduk berdua-duaan, jalan sama-sama. jadi diorang ambil atau pandang benda itu seperti satu keperluan. asas sokongan untuk mereka membuat perkara-perkara macam tu adalah contoh daripada senior mereka. masa orintasi beria-ia cakap dilarang duduk berdua-duaan, bercouple. tapi akhirnya mereka juga yang bagi contoh tidak elok,"
"As, teman aku pergi minum kat kafe jom. Fitri, jom sekali," ajakan Hafiz memutuskan perbualan mereka.


***

"Fitri, enta makan apa?" soal Hasriq
"Minum air saje lah,"
"makanlah Fitri, ambil sarapan pagi ni mencergaskan otak. tidak ingat apa yang enta bacekan dekat ana dalam buku solusi hari itu? tentang Khsiat Bangun Pagi yang Dr Farhan Hadi tulis. antaranya ialah dapat mengambil sarapan pagi. ambil sarapan pagi ni merupakan satu amalan penting kerana ianya membekalkan tenaga kepada otak dan tubuh badan kita untuk aktiviti seharian. lagipun kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil sarapan pagi tidak akan mengundang masalah kegemukan kerana makanan yang di makan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu pagi. kalau tidak ambil sarapan pula akan menyebabkan sel-sel otak kita rosak kerana kekurang glukosa dan sumber tenaga,"Fitri menyengih
"lepas tu enta juga cakap, tidak perlu percaya semua itu. Allah yang tentukan segala-galanya," Fitri membalas dengan nada yang menyindir.
"ya, hari itu ana khilaf. memang Allah penentu segalanya. tapi ana lupa bahawa Ilmu Sains itu juga merupakan Ilmu Allah yang luas," terkoyak senyuman di bibir Fitri
"Ilmu Allah sangat luas," berbisik Fitri dalam hatiHafiz terlebih dahulu mengambil tempat di bawah kipas. 
Memang menjadi kebiasaannye apabila makan dia mesti duduk di bawah kipas kerana makanan di sini agak pedas. jika makan, kalau tidak mengeluarkan peluh, tidak sah.Hasriq dan Fitri mengekori Hafiz yang duduk di meja makan yang berada di bawah kipas. masing-masing bersama gelas yang berisi air kosong selepas membasuh kedua belah tangan. Begitu indahnya Islam, setiap sesuatu urusan pasti ade aturan dan ketetapan. dari celiknya mata kita dari tidur, hinggalah kembali lelap meninggalkan dunia ini sementara waktu.
"Allahumma bariklana fima rozaktana wakina 'azabannar. Baarokatan fi rizkina Ya Rahman Ya Rohim," belum sempat Hafiz memasukkan nasi ke dalam mulut, Hasriq dan Fitri mengangkat tangan berdoa memohon agar di berkati rezeki dan di jauhkan dari azab neraka tanda menegur sahabatnya Hafiz agar memulakan sesuatu dengan berdoa memohon keberkatan daripada Allah. 
"Hafiz, minum sedikit air tu dahulu sebelum makan agar lancar perjalanan makanan tu, tiada la tercekik nanti," Hasriq menyarankan kepada Hafiz agar Hafiz tidak terlampau mengikutkan nafsu dalam menjamah rezeki.selesai membasuh kedua tangan selepas makan, Fitri duduk kembali di tempat duduknya.
"Hafiz, itu junior engkau kan?," serentak dengan itu Hasriq dan Hafiz menoleh kebelakang.
"amboi, siap duduk rapat-rapat lagi," Hasriq membuka mata dan hati Hafiz untuk segera menegur.
"pergilah Hafiz, junior enta tu," Fitri memberi sokongan. Hafiz lantas bangun dan berjalan kearah meja yang diduduki oleh juniornya itu. Dia amat kenal akan juniornya itu.
"Assalamualaikum adik, maaf mengganggu. tengah buat apa ni?" sopan bahasa yang keluar dari mulut Hafiz. begitulah yang sepatutnya jika hendak menegur kekhilafan seseorang agar mudah mereka terima.
"Waalaikumsalam warohmatullah...baru lepas makan abang. kenapa?" jawap juniornya dengan riak muka yang tiada menunjukkan bahawa mereka sedang melakukan kesalahan di hadapan orang ramai.
"maaf adik. kamu orang adik beradik ke?" tanya Hafiz yang masih bernada lembut.
"em...kalau tidak pun, kamu duduk dekat sini. jangan duduk dekat-dekat macam ni," sambung Hafiz sambil menunjukkan tempat duduk yang kedudukannya bersilang dengan tempat duduk perempuan di sebelahnya yang mungkin sekali kekasihnya. Hafiz berlalu kembali kemeja setelah juniornya beralih tempat duduk dan mengucapkan terima kasih dengan senyuman yang mesra.
"kenapa tidak suruh diorang duduk asing Hafiz?" tanya Fitri sambil menggerakkan straw untuk sebatikan Ais Blanded yang baru di beli oleh Hasriq untuk dikongsi bersama.
Sememangnya menjadi kebiasaan mereka berkongsi apa sahaja. jika dalam hal makanan dan minuman, apa yang yang lalu di tekak pasti juga akan lalu di tekak sahabatnya tanda mereka ingat akan sahabat yang mungkin tidak mampu untuk membelinya. maka mereka akan berkongsi bersama bagi mengeratkan ukhuwah sesama muslimin. bukannya berkonsi antara lelaki dan perempuan yang selalu dilakukan oleh anak muda sekarang ini, bila berkonsi dengan sama jantina, macam air liur itu najis pula. tetapi apabila di kongsi dengan yang tidak sejantina, sedap saja mereka minum seperti ada perisa tambahan. sedangkan dalam mereka tidak sedar, mereka telah menjadikan yang halal itu menjadi haram. tiada langsung berkat dan redha Allah dalam rezeki tersebut.
"dalam hal menegur orang yang macam itu, tidak boleh terlalu drastik. kita kena tarik dia perlahan-lahan agar dia tidak bencikan kita. kalau kita halau saja di terus macam yang engkau cakap tadi, mungkin lepas ini dia tidak mahu dekat dengan kita. maka dakwah tidak akan sampai...ataupun kalau kita halau dia terus, mungkin kita tidak akan nampak diorang berjumpa dekat sini lagi, tetapi diorang akan jumpa dekat tempat yang lebih tersorok daripada pandangan orang. lagilah maksiat tu senang diorang lakukan. ni la namanya psikologi. kita kena ambil hati diorang, bukan sisihkan. orang macam ini perlukan bimbingan. betul tak As?," panjang lebar Hafiz menjelaskannya. Hasriq mengangguk tanda setuju dengan apa yang dijelaskan oleh Hafiz."
kita kena ambil hati diorang, bukan sisihkan. orang macam ini perlukan bimbingan," kata-kata itu berulang didalam kotak fikiran Fitri.
"betul juga kata Hafiz ni, tidak patut orang macam itu disisihkan. sebaliknya kita kena bimbing," berbisik Fitri sendirian.


(nantikan sambungannya) (^_^)


2 comments:

  1. Salam kunjungan maya dri Lautan Rabbani.
    Moga Allah kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam taaruf kepada Pelaut Rabbani. sahabat blog perkongsian ilmu.

      Delete