Save Palestin!!!

Thursday 14 June 2012

Warkah Terakhir




بسم الله الرحمن الرحيم
      Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatu. Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Agung jari ini pantas menari di atas papan tinta melakarkan kata yang belum terlafaz. Daku memohon ampun ke Hadrat Allah S.W.T. atas setiap langkah di atas muka bumi-Nya yang di pinjamkan kepada kita tanpa meminta se sen pun dari hamba-Nya kerana Allah Mengetahui akan sifat hamba-Nya yang lemah. Hari ini dan
sebelumnya daku berjalan di muka bumi Allah S.W.T. ini dengan jejak yang penuh hambar dan kerisauan. Daku melihat ramai yang ditiup oleh bisikan azazil yang dusta. Penipuan dunia yang berlaku hingga memisahkan setiap hamba sedang Islam itu sebenarnya sama tarafnya tidak ada di bawah dan tiada pula di atas. Kita berdiri dalam satu saf yang sama, dirapatkan bahu ke bahu tanda ukhuwah yang teguh. Daku tidak begitu risau akan golongan yang kurang memahami agama atau tidak mengetahuinya, tetapi daku amat risau  akan golongan yang memahami agama dan berperilaku seperti mengamalkannya sedang dia sebenarnya mendustakan agama. Daku melihat ramai yang berusaha ke arah kebaikan dan dakwah, tetapi hanya kepada kelompok mereka sahaja. Mereka tetap dengan kata-kata mereka bahawa mereka mengajak dari yang tidak baik ke arah kebaikan sedang dalam tidak sedar kata-kata itu hanya tinggal kata-kata. Pelaksanaan yang mereka lakukan adalah hanya menyampaikan dan berdakwah kepada golongan mereka yakni golongan yang sememangnya sedang tentang agama sedang golongan yang lalai akan terus hanyut dan yang baik terus melakukan perkara kebaikan lalu mereka bercakap-cakap tentang orang yang lalai tetapi tidak pernah sekalipun mereka berfikir untuk memasuki kepada golongan yang lalai itu untuk menyelamatkan mereka daripada bahang api neraka sedang kita di bawah satu aqidah yakni Allahu Ahad wa La Ilaha Illallah Muhammad Rarulullah. Mereka  hanya berjalan bersama kelompok mereka dan tidak pula cuba untuk memasuki golongan yang lalai bagi menyedarkan mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar. Adakah itu dakwah yang sepatutnya? Bukankah maksud dakwah itu sendiri adalah mengajak, menyeru, dan memanggil seseorang yang dari keadaan tidak baik ke arah kebaikan? Jadi mengapa kamu perlu berada dalam kelompok kamu dan menyampaikan Islam antara kamu sahaja? Bertebaranlah…carilah cara dengan memasuki golongan orang-orang yang lalai untuk mengejutkan mereka dari mimpi dunia yang sementara. Jaga mulut dan hati kamu, jangan sekali-kali kamu bercakap-cakap tentang golongan yang lalai ini sedang kamu sendiri tidak pernah cuba berusaha menyedarkan mereka dengan cara mendekati mereka untuk mengetahui masalah mereka. Jika ini berlaku, maka bangkai lah makanan kamu di dalam neraka dan tidak layak untuk kaki kamu melangkah dan menjejaki syurga. Islam itu agama yang benar dan membawa kebenaran. Daku tidak pula dapat mencari kelemahannya. Malah, pengkaji-pengkaji yang beragama lain yang membenci Islam yang mengkaji tentang Islam, makin cuba mencari kekurangan Islam makin mereka temui kebenarannya.

Wahai saudara se Islam ku,
Jagalah tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh mu. Dengan kamu mengetahui apakah makna tanggungjawab itu yang sebenarnya adalah di dunia kamu TANGGUNG dan di akhirat kelak kamu JAWAB kepada Allah S.W.T. tentang apa yang telah diamanahkan kepada mu. Janganlah kamu mengambil perkara ini dengan sikap sambil lewa kerana kelak tidak ada rasa lain yang timbul di dalam hati mu melainkan penyesalan. Allah S.W.T. telah menyatakan dalam kalam-Nya yang terpelihara di mana nanti apabila golongan yang dusta ini menunggu masa untuk dihitung amalannya maka mereka akan berkumpul dan bersepakat untuk memohon agar di kembalikan ke dunia dan berjanji bahawa mereka akan melakukan amal kebaikan dan beriman kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman “jika seekor unta itu boleh memasuki/melepasi lubang jarum, nescaya Aku mengembalikan kamu ke bumi.”

Saudara ku,
Ketahuilah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja. Mungkin esok ataupun lusa. Jika bukan dunia ini kiamat, maka nyawa kita yang ditarik. Kita tetap akan terpisah juga. Ketika aku menulis warkah ini, kaki ku sudah berasa lemah. Tidak lagi mampu bergerak selancar dahulu. Mata ku mula kabur. Sebelum ini daku telah merasakan badan aku bergetar secara tiba-tiba bagai daging lembu yang hangat baru lepas disembelih. Getaran itu bersama satu bisikan “mohonlah keampunan kepada Allah, dan bersedialah,” maka sejak dari itu aku selalu bermuram dan risau ku terhadap agama makin bertambah. Kini kaki ku pula berasa lemah tidak mampu lagi berdiri lama sedang umur ku masih muda. Rasa itu juga bersama satu bisikan yang berkali-kali “70 hari lagi, bersedialah,” kemudian diekori pula dengan pandangan mata ku yang semakin kabur. Daku tidak tahu sama ada ini adalah ujian dari Allah S.W.T. kepada diri ku sebagai hamba-Nya yang lemah ini ataupun petanda kepada sesuatu sebelumnya ia terjadi. Daku mohon kepada hamba Allah yang memegang tanggungjawab  yang besar agar bertaqwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taqwa , meletakkan syariat Islam sebagai sumber rujukan utama dalam setiap perkara, bersikap adil, bertanggungjawab dengan amanah yang diberi, berkorban lah segala-galanya kepada agama dan masyarakat terutamanya harta yang kamu sayang. Tidakkah kamu mahu tinggal di suatu tempat yang besar dan mewah dan di dalamnya terdapat harta, pelayan dan apa sahaja yang kamu mahu? Dunia ini hanya sementara maka janganlah kamu pernah mengharapkan apa-apa selepas melakukan sesuatu di dunia ini kerana tiada yang indah di dalamnya melainkan ujian. Harta, pangkat, kesihatan juga adalah ujian. Kehidupan akhirat dan segala isi di dalamnya adalah kekal abadi dan lebih mewah dari kehidupan seorang jutawan di dunia jika kamu cukupkan ibadah wajib mu dengan sempurna, zikir mengingati Allah, dan merapatkan silaturrohim antara saudara Islam. Janganlah kamu melakukan ibadah sunat sedangkan ibadah wajib mu terabai atau tidak sempurna kerana kamu umpama mempermainkan agama. Jagalah aurat mu walau di mana-mana walau dengan siapa. Bagi Muslimin, batas aurat kamu sesama Muslimin adalah dari paras atas pusat hinggalah ke bawah lutut. Jika kurang dari itu, maka ketahuilah bahawa kamu dalam keadaan berdosa. Bagi Muslimah, ketahuilah bahawa batas aurat mu sesama kamu juga dari atas pusat hingga ke bawah lutut, namun kamu mempunyai perhiasan lain yang perlu kamu tutup. Jika kurang dari itu, maka ketahuilah kamu sedang dalam keadaan berdosa. Jagalah pakaian kamu. Jangan sehingga menampakkan susuk tubuh kamu walaupun pakaian yang dipakai oleh kamu itu tebal, jika ia mengikuti bentuk tubuh mu, maka kamu dalam keadaan berdosa. Longgarkan apa yang kamu pakai dan labuhkan lah tudung mu hingga menutupi dada mu, dan berhias lah secantik-cantiknya di hadapan suami mu dan berpada-pada di khalayak ramai.

Wahai Muslimah,
Janganlah kamu terlalu ke hadapan lebih daripada lelaki, kerana itu akan menyebabkan murka Allah S.W.T. Munculkan lah diri mu  apabila mempunyai urusan. Keluarkanlah suara mu juga jika ada urusan dan kembalilah kepada tempat mu yang sepatutnya yakni berdiam diri dan menjaga batas apabila tiada urusan. Jaga maruah mu kerana tumpuan lelaki hanya kepada perempuan. Mereka tidak akan tertarik kepada yang lain melainkan perempuan kerana itu adalah fitrah dari Allah. Telah Allah menciptakan Hawa untuk Adam a.s. kerana dia baginda berasa sunyi. Maka itulah dinamakan fitrah. Oleh sebab itu kamu perlulah menyembunyikan diri kamu selama mana kamu belum bernikah. Berkatalah kamu dengan perkataan yang baik dan nada yang lembut kepada suami mu. Taatilah  suami kamu selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Berlaku lembut dan bersabarlah dengan suami mu. Sungguh syurga itu umpama di bawah telapak kaki suami. Bagi yang lelaki, jagalah isteri kamu dengan sebaik-baik jagaan. Isteri kamu adalah amanah dan tanggungjawab dari Allah S.W.T. kepada mu. Jika kamu menjaganya dengan baik, maka kamu akan selamat dunia dan akhirat. Jagalah wanita-wanita kamu. lindungilah mereka, bukan menindas.

Muslimin dan Muslimah,
Daku merayu agar kita kembali semula kepada dua sumber utama yang telah di sabdakan Rasulullah S.A.W. pada khutbahnya yang terakhir iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunah. Wallahu’alam.    

2 comments:

  1. semoga setiap bait kata2 dan ungkapan yang terzahir dalam warkah ini menjadi saksi atas usaha dakwah kamu...hanya Allah yang mampu menilainya...sesungguhnya apa yang kita bicarakan, lakukan dalam pemerhatian-NYA...
    jazakallahu khairan kathira ya akhi....

    ReplyDelete