Save Palestin!!!

Saturday 19 March 2011

Cinta Islam di Palestin

        
         Tidak henti-henti bunyi letupan sana-sini di Negara Islam di Timur Tengah,Palestin.
Dari keturunan bani Israil juga telah melahirkan Nabi dan Rasul dari kalangan mereka yang Allah lantik untuk membimbing keturunan mereka supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Orang-orang kafir Quraisy sememangnya dari dahulu tidak pernah jemu untuk menjatuhkan Islam. Sehinggakan Nabi yang dilantik Allah dari kalangan mereka sendiri disiksanya. Bandar Palestin yang telah melahirkan ramai pemimpin dan Nabi-Nabi Allah juga berasal dari Palestin kini dalam kancah peperangan dengan musuh Allah iaitu orang-orang kafir,Israil.
         Mereka menyerang tanpa memikirkan siapa,bagaimana status
 seseorang itu sehinggakan kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa peluru tidak bermata mereka. Kanak-kanak dan kaum wanita mereka siksa, mereka jadikan tawanan, mereka acukan senjata, mereka musnahkan penempatan penduduk Islam Palestin! Tika keadaan ini berlaku, dimanakah umat islam yang lain? Dimanakah kamu semua? Kamu menyenbunyikan hati dan perasaan.
 
         Tidak perlu dilihat umat Islam dinegara luar. Cukuplah dinegara Malaysia ini. Anak-anak muda yang sepatutnya menjadi tunggak utama perjuangan Rasulullah S.A.W kian tumbang dek hawa nafsu yang didahului di dalam hati dan pemikiran. Dimana hati dan perasaan kalian kepada agama Islam. SEDARLAH WAHAI SAUDARAKU! BANGKITLAH KAMU DARI MIMPI-MIMPI DORONGAN SYAITONIRROJIM! Saudara kita di Timur Tengah memerlukan kamu semua. Doa, doa,doa dan doalah kalian semua agar Islam dilindungi, diselamatkan, dan dipulihara semula. Anak-anak muda, bangunlah kamu kerana Islam. Bangkitlah dari tidurmu untuk berjuang! Saya wakil dari hamba-hamba Allah yang menagih sesuatu dari kamu semua, memohon agar semuanya berdoa agar Islam dilindungi. Apakah perasaan kalian apabila mendengar tentang pembakaran Al-Quran di Palestin oleh tentera-tentera Israil Laknatullah? Adakah sekali lagi kamu semua menyembunyikan perasaan kamu dengan ego kemewahan duniawi?
         
                                                         Anak-Anak Kecil Diacukan Senjata

          Hamba menyeru kepada semua. Tinggalkanlah kerja-kerja yang melalaikan dan merosakkanmu. Hayatilah tentang kejatuhan Islam di Palestin sekarang. Ingatlah mereka dalam doa-doa kalian. Tidakkah kamu merasa apa-apa apabila melihat anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa diacukan senjata. Bayi-bayi penyambung keturunan kita lahir bukan seruan azan yang mereka dengar, tetapi bunyi tembakan dan letupan bom yang tidak mengira waktu dan mangsa. 
Sedarlah saudara Islamku!!!
 
Firman Allah :
"Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka"                                                                                                                                           (Surah al-Baqarah 2 : 120)
        
         Oleh itu, cara menentang mereka ialah dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup agama Islam yang sebenar dan dianjurkan.
 
Firman Allah : 
"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyak harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya?
(Surah al-Isra?: 6)
       
             Kini kita lihat Israil kaya raya dengan sokongan Amerika yang kononnya mengaku sebagai Polis Dunia sedangkan merekalah yang menghantar segala bantuan kepada Israil untuk menakhluk Negara-nagara Islam. Kesannya, Palestin terus bermandikan darah sehingga kini.

Firman Allah : 
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu : Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong, angkuh, dan melampau" 
(Surah al-Isra': 4)
PERSOALAN :
Tahukah anda bila kerosakan yang kedua yang dimaksudkan dalam Firman Allah diatas?
JAWAPAN:
Sekarang.

Firman Allah :
"Maka apabila masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah ke segala ceruk rantau (membunuh dan membianasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku" (Surah al-Isra?: 5)
         Allah S.W.T telah mengukir janji pada Firman-Nya diatas bahawa mereka yang melakukan kerosak (Israil) pasti akan didatangkan balasan pada kerosakan yang dilakukan mereka kali kedua (sekarang).
Wallahu'alam...

1 comment:

  1. assalamualaikum,,dpt good je sbb ade kesalahn ejaan..hehe..tp artikle ni sgt bes n arap org islam dluar sane temsuk diri kite amek berat n prihatin terhdp org islam d palestin..=)

    ReplyDelete