Save Palestin!!!

Wednesday 16 March 2011

Solat Tiang Agama


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatu. Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dibawah lindungan rahmat Ilahi. Em..bagaimana keadaan pemuda-pemudi islam
yang bakal meneraju masa hadapan dunia diluar sana. Alhamdulillah jika cahaya purnama menghiasi kalian, tetapi Alangkah rugi jika gerhana yang dibawa sebagai bekalan. Kita sedia maklum dengan pergaulan sosial pemuda-pemudi di luar sana. Hari-hari ada sahaja isu sosial tentang mereka. Terkadang bak bisa menyengat telinga dan mata hingga lumpuh dek berita dibawa angin kencang asal dari peneraju masa hadapan kita ini. Tidakkah mereka terpikir akan bahana yang bakal menimpa,yang tempuhnya menyaingi usia? Diakhirat sana nanti,sekali dosa entah berapa tahun balasannya..Saya lihat makin agresif pula mereka dengan dunia sosial mereka ini. Astaghfirullahal抋zim..kerisauan kian muncul dibenak tatkala mengutarakan tentang hal ini. Bagaimana dengan dunia Islam masa hadapan nanti ya? Andai diberi peluang mengintai dibalik tirai masa,ingin sekali ku hendapnya.
Mengapa hal yang sebegini yang perlu ditatap setiap katiaka. Hanya Yang Maha Mengetahui sahaja ada jawapannya. Tidakkah pemuda-pemudi kita telah didedah dan diajarkan dengan asas ilmu agama sejak mereka kecil? Senangnya mereka membuang ilmu yang mampu membuat mereka kaya di akhirat dari pemikiran mereka. Kebanyakannya perlakuan pemuda-pemudi kita telah menyimpang jauh dari haluan hidup beragama. Ada yang tidak ingat tentang tarikh-tarikh berlakunya peristiwa penting dalam Islam. Yang mereka ingat velentineday ,ada juga yang menyambut krismas! Apa budayalah yang mereka ikuti ini? Dalam Islam cukup banyak perayaan, cara kafir juga yang mereka ikut. Berbalik tentang hal pergaulan tadi. Dari kecil kita semua sudah diberi tahu tetang nikmat dan ganjaran syurga Allah S.W.T jika melaksanakan apa yang diperintahNya dan tinggalkan apa yang dilarang. Tidak mungkin mereka lupa. Tidak sepadanlah dengan usia. Adakah dalam hal ini Ibu Bapa menjadi jarum memandu benang? Ibu Bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka dalam bidang agama di rumah terutamanya tugas yang utama kita sebagai umat Islam iaitu solat. Solat itu ibarat tiang agama,macam kita buat rumah jugalah,mula-mula kita pajakkan tiang dahulu..kemudian baru yang lain-lain.

Firman Allah S.W.T:Maksud :
Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan keatas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.
(Surah An-Nisa': 103)

Dari Umar R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasululah S.A.W bersabda : solat adalah tiang agama
(Hadis riwayat Abu Naim)

Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa, telah menjelaskan bahawa solat merupukan hal utama yang wajib dilaksanakan selagi bagi mereka yang beragama Islam, yakni agama Allah S.W.T. Jika tiada solat dalam harian kita, maka rosaklah seluruh amalan kita. Oleh itu solat perlu dijaga, apabila menunaikan hanya kerana-Nya, insya Allah kita sentiasa dibawah lindungan rehmat Allah S.W.T. Jika kita banyak melakukan amal baik terutamanya amalan sunat yang amat dituntut seperti berpuasa, tetapi solat kita sendiri entah kemana, maka amalan itu automatik menjadi amalan yang sia-sia dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. Jadi, benih dalam kehidupan kita ialah solat dan kemudian diikuti rasa cintakan agama yang kita panggil iman dan taqwa.
Jika kita lihat masyarakat Islam pada masa kini sibuk dengan urusan dunia semata-mata. Mencari harta dan kesenangan dunia siang dan malam, sanggup melakukan apa jua cara termasuklah yang haram,asalkan dapat menikmati kesenangan dunia, sedangkan ianya bersifat sementara(renung-renungkanlah saudaraku). Hanya segelintir sahaja yang mengimbangkan urusan dunia dan akhirat, kerana mereka adalah golongan yang berfikir. Begitulah sikap manusia yang dianggap sebagai fitrah (semulajadi) dan perkara biasa apabila melalaikan solat.

Dizman kegemilangan Islam, Madinah Al-Munawwarah menjadi sebuah kota yang membasahi lisani yang sentiasa diperkatakan sebagai sebuah kota yang megah dan hebat dengan masyarakat yang hidup aman damai tanpa perpecahan kaum. Yang berat sama mereka pikul, dan yang rengan sama mereka jinjing.
Pernah suatu ketika dimana ada seorang pembesar dari Parsi mendengar cerita seorang pemuda tentang kehebatan Madinah, lalu dia meminta pemuda itu membawanya ke negeri tersebut untuk melihat sendiri kesahihan pemuda itu tentang kehebatan kota Islam tersebut. Kenudiannya pemuda itu membawa pembsar itu ke Madinah tetapi apabila mereka tiba, mereka dapati bahawa kawasan perniagaan di Madinah lengang tiada penghuni, cuma yang tinggal hanyalah barang-barang perniagaan yang ditinggalkan tanpa peniaganya. Inikah kota yang dikatakan hebat dan megah itu??tanya pembesar itu dengan kehairanan kerana melihat kota itu yang sunyi tanpa ada sesiapa pun. Ya, inilah kotanya,?jawap pemuda itu dengan tenang. Beberapa minit kemudian datanglah satu kumpulan yang besar dari masjid. Kemudiannya mereka memulakan perniagaan mereka. Pembesar itu bertanya kepada salah seorang peniaga disitu Kemanakah kamu semua pergi sebentar tadi??Tanya pembesar tersebut kepada seorang penjual kain. Kami semua menunaikan solat Asar di Masjid?jawap pemuda tersebut dengan tersenyum.
Subhanallah!!! Hebatnya Islam. Lihatlah begitu taat dan setianya penduduk Madinah kepada perintah Allah S.W.T dalam mengerjakan ibadah. Sepatutnya seorang muslim haruslah berada di masjid apabila azan berkumandang kecuali bagi mereka yang uzur (tiadak berkemempuan)

Rasulullah S.A.W bersabda : barang sesiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak hadir maka tidak sempurnalah solatnya, kecuali disebabkan keuzuran.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis Rasulullah S.A.W. tersebut cukup membuktikan bahawa kaum lelaki beragama Islam (muslim) wajib ke Rumah Allah (masjid) apabila mendengar azan berkumandang (diawal waktu)

Dari Abu Hurairah R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabdam : Barang siapa berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke Masjid semata-mata untuk solat, selagi dia kekal dengan niatnya dia akan terus mendapat pahala solat, ditulis baginya langkah yang pertama dengan kebaikan dan langkah yang kedua digugurkan satu dosanya. Janganlah kamu berlari-lari ketika mendengar iqamah. Lebih jauh rumahmu dari daripada Masjid, lebih banyak kamu mendapat ganjaran. Anak-anak murid Abu Hurairah bertanya : kenapa mendapat ganjaran yang banyak (daripada rumah yang jauh) wahai Abu Hurairah? Beliau menjawap : disebabkan banyaknya langkah-lamgkah kamu
(Hadis Riwayat Imam Malik)

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah kepada setiap hamba-Nya. Begitu mudah kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. untuk mendapat keampunan Allah S.W.T. Tapi mengapa kita sombong tidak mahu merebut peluang ini?
Dari Ummi Farwah Radhiallahu抋nha berkata : Rasulullah S.A.W telah di tanya oleh seseorang, apakah amalan yang terafdhal? Baginda menjawab : solat diawal waktu
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari Jabir Ibnu Abdullah Radhiallahu'anhuma berkata : aku mendengar Bagida Rasulullah S.A.W. bersabda : meninggalkan solat boleh menyampaikan seseorang itu kepada syirik dan kufur
(Hadis Riwayat Tabrani,At-targhib)

Walaupun kamu (kaum Hawa) tidak mahu menunaikan solat di Rumah Allah (Masjid), kamu diwajibkan menunaikannya di tempat yang tenang (rumah) pada awal waktu dan seelok-eloknya secara berjemaah. Kerana solat itu wajib keatas orang yang beragama Islam.
Dari Abu Hurairah R.A. meiwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Solat secara berjemaah adalah digandakan sebanyak 25 kali ganda daripada solat seorang dirumahnya atau dikedainya
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kita sebagai Nabi Muhammad S.A.W yang dimuliakan harus berasa penuh syukur kerana umat Nabi-Nabi sebelum ini tidak diperintahkan solat. Ini merupakan kelebihan dan anugerah kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat Nabi Muammad S.A.W. dimana solat tersebut dapat memberikan perlindungan kepada kita ketika dihari pembalasan kelak. Ingatlah hari penbalasan itu benar, alam barzakh juga benar, syurga dan neraka juga adalah benar. Jadi, berfikirlah?sekian wabilahi-taufiq walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatu.
Moga kita dapat amal dan sampaikan, Insya Allah.


No comments:

Post a Comment