Save Palestin!!!

Thursday 21 April 2011

Ciri-Ciri Pilihan Suami/Isteri


  • Beragama : Pilihan kita wajiblah kita yakini dengan agamanya iaitu amal agama dan perlaksanaan perintah Allah (solat,zakat). Soal ini amatlah penting dalam faktor pilihan suami/isteri kerana ini adalah tiang dalam faktor pilih jodoh. Jika kita pilih tiang yang rapuh,maka tidaklah lama ia akan kekal.
  • Hubungan Berkeluarga : Bagaimana hubungan sidia dengan keluarga? Hm...kalau hubungan sidia dengan keluarga rapuh,bolehkah sidia jadikan keluarga yang akan dibina ini teguh dengan aman dan intim seperti yang dianjurkan Rasulullah S.A.W? soal ini amat penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam berkeluarga.
  • Membataskan Pergaulan : Adakah sidia seorang yang membataskan pergaulannya terhadap yang bukan muhrimnya? Kalau tidak,cemburulah aku nanti apabila melihat sidia bergaul dengan yang bukan muhrim,kesini-sana dengan sesiapa sahaja. Tidak, itu bukan pilihanku!
  • Pandangan : Jika sidia menjaga agama dalam dirinya,pasti pandangannya turut di jaganya. Itulah yang sebaiknya. Menjaga pandangan kerana takutkan murka Allah S.W.T.
  • Couple Bukan Pilihan : Adakah istilah "couple" dalam diari hidupnya? Jika dia minta "couple", itu bukan yang dianjurkan. Itu salah! Dan itu sama sahaja dengan tidak menjaga batas pergaulan dalam hidup. "wala takrobu zina" dan janganlah kamu menghampiri zina. Firman Allah S.W.T telah jelas mengatakan tentang ini. Tidak wajar aku memilih sidia. Astaghfirullahal'azim...
  • Tidak Riak Dalam Segala Urusan : "aku yang tolong engkau sampai kaya" mengapa itu yang diucapkan selepas member bantuan. Riaknya,tidak ikhlas dan tidak redha Allah S.W.T terhadap hidupnya didunia. Wallahu'alam...
  • Bukan Pemarah Tetepi Penasihat : pandai sidia mengawal marahnya,malah menasihati lagi. Bergunanya nasihat sidia. Sidia amat penyabar dalam menempuhi segala cabaran dan rintangan. Itulah pilihanku!
  • Pandainya Sidia Memikat : bagaimana sidia memikat hatiku? Dengn SMS,chating,dating,memuja kebaikan perilakuku,atau menggoda dengan ransangan nafsu? Astaghfirullahal'azim...wallahi cara sidia menghampiri zina. Sidia berhubung denganku tanpa pengetahuan dan pantauan ibu bapa,lagipun dengan tiada sebarang urusan. Apa yang perlu dijawap kepada Allah S.W.T diakhirat kelak? Aku tidak akan memilih jalan maksiat! Ampuni dan peliharalah hambaMu yang lemah ini dari maksiat Ya Allah.
  • Tidak Minta Dipertontonkan Wajah : ini hak aku. Apa sebab sidia ingin melihat wajahku? Adakah dinikahiku atas sebab kecantikan? Tidak! Apabila aku sudah berumur,sudah tentu sidia bosan dan tidak berselera lagi. Rapuhlah institusi rumah tangga yang dibina. Aku akan menolak jika hamba Allah semacam ini yang menikahiku walaupun pengakuannya "saya memilihmu bukan kerana wajahmu" jika bukan kerana wajah,mengapa perlu sidia meminta foto wajahku tanpa sebarang ikatan. Perilakunya sudah jelas menunjukkan niatnya.

2 comments:

  1. syukran atas p'kongsian.. teruskan usaha ye anta..

    ReplyDelete
  2. 'afwan ya ukhti. ana akan cuba berkongsi segala ilmu. harap ditegur segala khilaf ye.

    ReplyDelete