Save Palestin!!!

Sunday 4 December 2011

Pentingnya Ucapan Assalamualaikum

Firman Allah S.W.T.
Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu
(surah An-Naml : 86)

Rasulullah S.A.W bersabda, daripada Abu Hurairah R.A :
Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit kepada yang banyak, dan pada satu riwayat “ yang kecil kepada yang besar””
(Riwayat Al-Bukhari)
          Hadis ini memberi pengajaran bahawa ucapan salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam, ucapan salam itu tidak semestinya di lakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaan ketika memandu. Dengan perkataan lain, ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat
(Rujukan Syamsul Al-Haq Al-Azim Al-Abadi, 1979, halaman 100-101)

         Perlu diingatkan bahawa Islam menyuruh kita menjauhi dari segala fitnah (sangkaan buruk). Walaupun telah dijawab salam itu didalam hati, adalah lebih baik jika kita menzahirkan ucapan salam  itu demi untuk mengelakkan tanggapan buruk seseorang seperti sombong atau yang seiring dengannya.
          
       Adapun ucapan salam antara yang bukan mahram ataupun lelaki kepada perempuan itu tidak dilarang dan dibolehkan, tetapi perlu dilihat pula dari aspek lain iaitu niat dan tujuan lelaki itu memberi salam. Hal ini amat penting dan perlu dipastikan niatnya. Andai kata si lelaki itu memberi salam kerana hendak memikat atau menggoda gadis itu, amat perlu (tidak wajib pada syarak) seorang gadis itu menjawab salam. Ini adalah untuk mengelak dan menutup pintu-pintu zina. Kerana berkemungkinan apabila gadis itu menjawab salam si lelaki itu, membuatkan peluang untuk lelaki itu mendekati si gadis dan menyempurnakan niat jahatnya itu. Tidak perlu ada tanggapan baik kepada lelaki itu apabila dalam situasi sebegini kerana si gadis perlu sedaya upaya mengelak zina. Oleh itu, perlu diingatkan bahawa jawapan salam hanya kepada yang mahram atau orang yang amat dikenali baik buruk perlakuan atau niatya.
(Rujukan Adab Pergaulan Menurut Al-Quran & Al-Sunnah-Dr Rokiah Ahmad)

No comments:

Post a Comment